Thursday, 19 November 2015

Pelik,Gadis 12 Tahun Ini Mempunyai Tubuh Badan Seperti kanak-kanak 2 Tahun.


Pernah dengar kisah tentang Thumbelina, gadis yang mempunyai saiz badan hanya sebesar ibu jari? Mungkin gadis 12 tahun ini boleh disebut sebagai Thumbelina di dunia nyata.

Tiny Kenadie Jourdin-Bromley dilahirkan dengan berat 1.1 kg dan panjang 28 cm. Doktor pun telah memberi tahu ibunya, Brianne Jourdin, jika anaknya itu tidak akan bertahan hidup lebih daripada beberapa hari. Brianne sangat bersyukur perkiraan doktor itu meleset.

Di usia lapan bulan, Tiny didiagnosis mengalami primordial dwarfism, sebuah keadaan yang menyebabkan terganggunya pertumbuhan seseorang. Kes ini hanya berlaku pada kira-kira 100 orang di dunia.

Meskipun mengalami kelainan, Tiny pantang menyerah dan tetap menikmati kehidupannya. Bahkan dia boleh bermain hockey, berenang dan pergi ke sekolah seperti kanak-kanak normal.


"Dia mempunyai hati yang baik dan ingin berkongsi segalanya dengan orang lain. Dia penuh semangat, kuat dan mandiri," ungkap Brianne. "Ini membuat saya sangat bangga melihatnya dengan segala aktivitinya ini membuatku menangis."

Tiny pun terus menjalani beberapa siri rawatan untuk keadaan tulangnya yang kecil dan rapuh. Selain mempunyai masalah dengan tulang, keadaan ini juga membuatnya terancam mengalami skoliosis dan aneurysm.


No comments:

Post a Comment